Thursday, May 20, 2010

sekadar ingatan

Posted by ejat

hari-hari kebelakangan ini sang berlainan dari hari yang selalunya aku jalani.
setiap kali fikiran aku melayang, selalu tergambar perkara-perkara yang manusia geruni.perasaan dan emosi yang sangat mengganggu apabila di himpit rasa gelisah, rasa gundah, hiba dan rasa ketakukan yang amat luar biasa.susah untuk di gambarkan apabila tanpa sebab kita titiskan air mata. tiba-tiba dunia sekeliling seakan kabur dan aku hilang arah dan punca.baru aku sedar betapa kecilnya kita sebagai manusia.mungkin aku merasakan ini atas segala dosa yang pernah aku lakukan.tuhan itu memang berkuasa dan maha adil.walau apa yang akan terjadi aku tetap redha..
andai nanti tidak kesampaian semua yang aku hajatkan, aku tahu itu semua takdir dan ketentuan Allah.tetapi aku dapat juga merasa saat indah, saat menangis dan semua perasaan yang tidak dapat digambarkan selama aku menjalani kehidupan.kalau ini yang terakhir, diharap dapat di ampunkan segala dosa.semoga semua kesalahan kepada keluarga, sahabat atau musuh dapat mereka maafkan.agar semua yang dinikmati atas dunia ini di halalkan.ini hanya kegelisahan yang sedang bermain dalam hati.siapa yang tahu apa akan terjadi nanti.

Saturday, April 3, 2010

fix you-coldplay

Posted by ejat

When you try your best, but you don't succeed
When you get what you want, but not what you need
When you feel so tired, but you can't sleep
Stuck in reverse

And the tears come streaming down your face
When you lose something you can't replace
When you love someone, but it goes to waste
Could it be worse?

Lights will guide you home
And ignite your bones
And I will try to fix you

And high up above or down below
When you're too in love to let it go
But if you never try you'll never know
Just what you're worth

Lights will guide you home
And ignite your bones
And I will try to fix you

Tears stream down on your face
When you lose something you cannot replace
Tears stream down on your face
And on your face I...

Tears stream down on your face
I promise you I will learn from my mistakes
Tears stream down on your face
And on your face I...

Lights will guide you home
And ignite your bones
And I will try to fix you 

Tuesday, March 30, 2010

senyum sinis..

Posted by ejat

bila hari-hari aku bangun, lihat cermin, senyum kt muka bebal sendiri & berharap"biar org tak senyum kn aku, tp aku berjaya buat dorg ketawa & suatu hari aku akan duduk berehat agar dorg buat aku ketawa".. :)


makin hari, aku tunggu, tunggu & terus jd dungu..last skali, aku pandang cermin & senyum, aku kata "watpe nk org senyumkn aku, aku boleh senyum sendiri ape"..


maka, tiap-tiap hari aku senyum sendiri..tapi, bila hari-hari senyum sendiri, mula rasa jelek, tgk muka sendiri pun rasa jengkel..


lepas hari itu, aku nak cuba jadi yg lain..terlalu mencuba nak jadi lain..memang lain macam la jadinyaa.lama-lama baru tersentap, walau kuat mana aku cuba aku tetap jd yg sama.kalau dah pelik, kalau dah gila, kalau dah sawan, jd jelah macam tu..


dan suatu hari nanti ada org akan sudi terima diri aku yg ORI.. (confident lebih) 
;D knnn

Monday, March 1, 2010

obsesi bunyian eksperimental...

Posted by ejat

Pagi ni agak best, sebab satu aura boleh ubahkan mood aku naik tahap hyper kott... Semuanya pasal sebuah lagu eksperimental yg macam berhantu kt telinga aku. Tapi tak seram pon.. Hantu jenis yg comel mcm casper kott. Punyalah lama aku cari lagu tu, baru hari ni jumpe..Memang hari yg bertuah walaupun siang tadi agak rasa macam nak bakar admin pasal basic english aku fail...Gila kejam punya result!

Balik kepada lagu tadi..Aku agak confuse gak asal aku boleh minat sangat.Padahal lirik lagu tu pasal orang hangat nak bercinta, memang takde kene ngene la ngan aku. Lagi misteri pasal lagu ni, memang takkan jumpa lah kat celah you tube ke red tube ke atau tube2 yg sewaktu dengannyaa..Search la dekat google ke yahoo ke atau mintak tolong amy search pon memang takkan jumpe.. Last2 aku jumpa kat myspace music manusie yg bernama pacai merangkap penciptanyaa..

Apa motif aku cerita pasal lagu ni pon tak tau la. Paling aku pasti bila aku dengar lagu ni memang rasa gumbira yg macam dah buang tebiat nak mampos..Dari pukul 11.50 kott aku asyik ulang je lagu tu. Memang aku nak dengar sampai tak tidur pon takpe. Takut kalau tertido esok aku dengar dah tak segembira hari ini.. Pikir la sendiri betapa gembiranya ejat ni..Gila betul ejat!hahaaa

Kepada pencipta & musician lagu ni, lu org memang genius...(satu kepala, ali ahmad)

Thursday, February 4, 2010

dunia keparat.

Posted by ejat

setiap orang itu ada perbezaannya,
mungkin kau si pandai, dia si cantik atau aku si bebal,
kita tak punya hati yang sama,
kita tak milik akal yang serupa,
rasa kita juga sentiasa berbeza,
jadi kenapa kamu pelikkan setiap langkah aku?

aku tak pakai seluar di kepala,
tak pernah aku makan dari hidung,
tak pula aku bercakap guna kaki,
ada aku pernah berjalan tak pijak bumi?

ohh..
mungkin aku bersifat tak kena dengan rupa.
mungkin terlalu dalam jiwa aku untuk berada di kalangan kamu,
yang kamu mahukan hanya si badut yang boleh hiburkan kamu,
si patung yang sentiasa meriangkan mereka.

tapi itu bukan aku,
aku tak pandai duduk dalam kepura-puraan,
aku tidak suka mengiyakan yang tidak, menidakkan yang betul,
aku tak takut berdiri di garis yang betul, walau mungkin takkan ada seorang menemani,
aku lebih rela di panggil si keparat yang gilakan jiwanya.

rela lagi aku mengintai langit tinggi,
mamuja gunung di hujung sana,
berkata-kata dengan tanah di sini,
dari mengukir senyum palsu dalam dunia kamu.

sedarlah, kamu takkan ke mana,
sedarlah, sampai masa pasti kamu jemu,
sedarlah, agar rasa kamu tak mati seperti aku.

pergilah, berambuslah, terus lari, terbang tinggi, selagi boleh.



*aku si keparat. cerita tentang plastik2 di sekeliling aku. tulisan ini akan dipersembahkan di pekan Frindjan sabtu ini (06.02.2010). InsyaALLAH...

langit mengerti

Posted by ejat

mata pejam,
hati diam,
mulut terkunci,
akal berhenti,
biar dicaci..

kerana keasyikan mencari diri,
dia itu lupa, dia endahkan semua,
menjaja setiap satu rasa yg dia lintasi,
di pijak bumi untuk kasih itu,
sebab dia percaya akan dongeng dunia.

lalu dia tanya..
kenapa mesti aku?
haruskah jadi itu?
mana pergi perasaan manusia?
katakan dunia, apa aku lalai?

hentamlah aku, si bodoh ini.,
kerana aku tak layak di banggakn,
pada setiap apa yang aku lakukan,
tak pernah satu saat aku hargai,
untuk menerima takdir hidup.

harusnya kamu mengerti tentang dia,
seorang budak yg tersudut di dunia sendiri,
mengharap dan menagih simpati mereka,
walau tak mungkin di kongsi,
takkan seorang tak mungkin mengerti?
sayu, puli terus terlukis di wajahnya.

dan pandang dia ke langit tinggi,
menjerit, meminta pada langit merah itu,
berilah aku kesempatan wahai langit,
cuma sedikit cinta wahai awan,
turunlah teman seperti bulan,
campakkan harapan seperti kilauan bintang.

lalu terdengarlah bayangan dunia dia,
langit itu kata:
pergilah engkau wahai si sunyi,
jangan bangsatkan rasa hatimu,
setiap sumpah seranah itu, pasti terjawap dalam hati kamu,
kau itu elok parasnya,
kau bisa meledakkan hati orang,
bukan kamu yg tidak mengerti,
cuma dunia bodoh kerna tak memerhati.



*ini untuk mereka yg sendirian.untuk orang yg menagih rasa sebuah cinta.